Wednesday 13 July 2011

A. Samad Said

'Abdul Samad bin Muhammad Said' atau lebih dikenali sebagai ''A. Samad Said'' lahir: 9 April 1935 ialah ''Sasterawan Negara'' Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis S.E.A.|Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.

Antara antologi puisinya ialah ''Suara Dari Dinding Dewan'' (2003), ''Dirgahayu Dr. Mahathir'' dan ''Rindu Ibu'' (2004).

Antologi Esei terbaru adalah ''Ilham Di Tepi Tasik'' (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

KARYA
* ''Salina''
* ''Langit Petang''
* ''Sungai Mengalir Lesu''
* ''Hujan Pagi''
* ''Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri''.
* ''Adik Datang''
* ''Cinta Fansuri''


PENCAPAIAN
# Pejuang Sastera (1976)
# Anugerah Penulis S.E.A. (1979)
# Sasterawan Negara (1985)
# Sasterawan Nusantara (1999)

PENGLIBATAN MEMPEJUANGKAN BANGSA
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang PPSMI|Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Perarakan Keranda Mac 2009|Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil Harakah Daily

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Beliau juga antara pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan.

No comments:

Post a Comment