Wednesday 13 July 2011

YAP AH LOY



'''Yap Ah Loy''' (juga dikenali sebagai '''Yap Tet Loy''' dan '''Yap Mao Lan''') (14 Mac 1837 - 15 April 1885) merupakan Kapitan Cina ketiga dan pemacu Kuala Lumpur dari sebuah pusat perlombongan kepada ibu kota Malaysia. Hari ini sempena memperingati beliau, sebuah jalan diabadikan sebagai Jalan Yap Ah Loy di tengah-tengah kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.

 Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di Wilayah Guangdong di selatan Negara China. Ibubapanya menetap di kampung Tan Shui di daerah Kwai Yap. Beliau juga merupakan keturunan Hakka. Yap Ah Loy meninggalkan China melalui Macau untuk ke Malaya pada 1854 pada umur 17 tahun dan mendapati Malaya sangat berbeza dari China . Malaya pada ketika itu dikenali sebagai negara emas dan bijih timah. Beliau pada mulanya tinggal di Durian Tunggal dan kemudiannya menumpang di rumah pak ciknya di Kesang.

Pada mulanya, dia gagal menyara diri dan telah membuat keputusan untuk kembali ke China. Ketika kapalnya berlabuh di tengah perjalanan, kerana terdesak kerana tak ingin kembali dengan tangan kosong, dia telah mencuba nasib di meja judi. nasib tak menyebelahinya dan dia kehilangan semua duit yang dia ada. kerana terlalu malu untuk balik setelah gagal, dia mengambil keputusan untuk mencuba lagi sekali lalu beliau pun ke Lukut.

Di Lukut, Yap Ah Loy berkerja sebagai tukang masak dan kemudiannya penternak babi. Kemudiannya dia berpindah ke Sungai Ujong. Dia bernasib baik dapat tinggal dengan Liu Ngim Kong, ketua panglima atau orang kanan kepada Kapitan Shin. 1860, berlakunya perang Sungai Ujong dimana Kapitan Shin telah terbunuh. Yap Ah Loy sendiri hampir mati akibat perang itu. Kapitan Yap Ah Shak kemudiannya memberi kata putus untuk melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan Sungai Ujong.

Dalam enam atau tujuh tahun, Yap Ah Loy bertukar menjadi seorang yang tegas dan lebih arif dalam perniagaan. Dia ketika itu sangat berbeza dari dirinya ketika mula tiba di Malaya. Yap Ah Loy pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan Liu Ngim Kong yang ketika itu telah menjadi orang kanan Kapitan Hiu Siew. Liu Ngim Kong dan Yap Ah Loy sangat rapat. Apabila Liu Ngim Kong menjadi kapitan kedua Kuala Lumpur, dia memilih Ah Loy untuk menjadi pemangkunya.

 Senarai Kapitan Cina Kuala Lumpur

* 1858-1861: Kapitan Hiu Siew
* 1862-1868: Kapitan Liu Ngim Kong
* 1868-1885: Kapitan Yap Ah Loy
* 1885-1889: Kapitan Yap Ah Shak
* 1889-1902: Kapitan Yap Kwan Seng

Selepas kematian Yap Kwan-Seng pada 1902, gelaran Kapitan Cina telah dihapuskan.
Kategori: Cina (Hakka) Malaysia
Kategori: Kelahiran China

Mokhtar Dahari(Super Mokh)

(


 Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria|Victoria Institution
(1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

<b>MULA WAKILI SELANGOR Piala Burnley 1971

<b>PIALA MALAYSIA Wakili Selangor 1972

<b>MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

<b>KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA:</b> Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

<b>KAPS 167

<b>GOL PIALA MALAYSIA 177

<b>GOL ANTARABANGSA 125

<b>JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

<b>PENCAPAIAN Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

<b>ANUGERAH Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan Dalam Bola Sepak
Allahyarham '''Mokhtar Dahari''' yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Tahukah Anda

*MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.

*Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”

Garis Masa Karier Mokhtar Dahari

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.


1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.


1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.


1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.


1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.


1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.


1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.


1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980 : Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi  di final.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.


1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradon .

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang] pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi

Anugerah
* 1976 : Olahragawan Kebangsaan
* 1977 : Ahli Mangku Negara (A.M.N)
* 2000 : Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P), Pahang yang membawa gelaran Dato'
* 2001 : Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), Selangor yang membawa gelaran Dato'

A. Samad Said

'Abdul Samad bin Muhammad Said' atau lebih dikenali sebagai ''A. Samad Said'' lahir: 9 April 1935 ialah ''Sasterawan Negara'' Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis S.E.A.|Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.

Antara antologi puisinya ialah ''Suara Dari Dinding Dewan'' (2003), ''Dirgahayu Dr. Mahathir'' dan ''Rindu Ibu'' (2004).

Antologi Esei terbaru adalah ''Ilham Di Tepi Tasik'' (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

KARYA
* ''Salina''
* ''Langit Petang''
* ''Sungai Mengalir Lesu''
* ''Hujan Pagi''
* ''Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri''.
* ''Adik Datang''
* ''Cinta Fansuri''


PENCAPAIAN
# Pejuang Sastera (1976)
# Anugerah Penulis S.E.A. (1979)
# Sasterawan Negara (1985)
# Sasterawan Nusantara (1999)

PENGLIBATAN MEMPEJUANGKAN BANGSA
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang PPSMI|Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Perarakan Keranda Mac 2009|Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil Harakah Daily

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Beliau juga antara pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan.

Tunku Abdul Rahman

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tunku adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok bandingannya.
Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini

Saturday 9 July 2011

Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925. Beliau amat popular dengan gelaran "'''Dr. M'''" dan nama pena beliau adalah '''Che Det'''. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang ahli politik|tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (''laissez-faire'').

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek ''Kuala Lumpur City Centre'' (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (''Multimedia Super Coridor''/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.


LATAR BELAKANG BELIAU 
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari [Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.


PENDIDIKAN BELIAU 
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di ''Government English School (GES)'' (kini dikenali sebagai [[Kolej Sultan Abdul Hamid]]), Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu [[Perang Dunia Kedua|Perang Dunia Ke-2]], Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga [[cendol]], diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di [[Pekan Rabu]], [[Alor Setar]].

Beliau seterusnya menuntut di [[Kolej Perubatan King Edward VII]], [[Universiti Malaya]], [[Singapura]], dan dianugerahkan [[Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan]] (MBBS) pada tahun [[1953]]. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

KERJAYA DAN KELUARGA BELIAU
Pada tahun [[1954]], Dr. Mahathir berkhidmat sebagai [[pegawai perubatan]] di Alor Setar, [[Jitra]], [[Langkawi]] dan [[Perlis]] sehingga tahun [[1957]]. Beliau kemudian  melangsungkan perkahwinan  dengan Dr. [[Siti Hasmah Mohamad Ali]] pada [[5 Ogos]] [[1956]] dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah:
* [[Marina Mahathir]]
* [[Mirzan Mahathir]]
* [[Melinda Mahathir]]
* [[Mokhzani Mahathir]]
* [[Mukhriz Mahathir]]
* [[Maizura]]
* [[Mazhar]]

Pada tahun [[1957]], beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 [[Alor Setar]] dan kekal sehingga sekarang.

KERJAYA POLITIK
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak [[1945]] yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang ''[[Malayan Union]]''. Apabila [[UMNO]] ditubuhkan pada [[1946]], beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Abdul Rahman]] apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk [[pilihan raya umum]] [[1959]]. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada  Pilihan Raya Ketiga dalam tahun [[1964]], Dr Mahathir dipilih sebagai [[Ahli parliamen|Ahli Parlimen]] Kota Setar selepas menewaskan calon [[Parti Islam Se-Malaysia]] ([[PAS]]) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli [[Majlis Tertinggi UMNO]] pada tahun [[1965]]. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa,  dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan [[Peristiwa 13 Mei|peristiwa 13 Mei 1969]], Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada [[12 Julai]], selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada [[26 September]] 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "[[Dilema Melayu]]" (''The Malay Dilemma''). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun [[1970]] dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
 
Apabila [[Tun Abdul Razak]] menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada [[7 Mac]] [[1972]] dan dilantik sebagai [[senator]] pada tahun [[1973]]. Beliau bertanding di [[Kubang Pasu]] pada pilihan raya umum [[1974]], yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun [[1975]]. Pada [[1976]], Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk [[Hussein Onn]] melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan [[portfolio]] [[pendidikan]] yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan [[1981]], Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada [[10 Julai]], [[1981]] Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada [[31 Oktober]], [[2003]], Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, [[Abdullah bin Haji Ahmad Badawi|Datuk Seri Abdullah Badawi]] sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada [[UMNO]] pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di [[Alor Setar]], [[Kedah]] kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan [[Abdullah Ahmad Badawi]] . Bagaimanapun dalam [[Perhimpunan Agung UMNO 2008]] pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Tun Abdul Ghafar bin Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba 18 Februari 1925 - 23 April 2006 merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia|Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.


PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), [[Melaka]]. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini [[Universiti Pendidikan Sultan Idris]]), [[Tanjung Malim]] (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

KEHIDUPAN AWAL
Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di [[Kuala Pilah]], [[Negeri Sembilan]].Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga.  Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun  beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.


KELUARGA
Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan [[Dayang Heryati binti Abdul Rahim]] pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen [[Batu Berendam]] , Dato [[Tamrin bin Abdul Ghafar|Tamrin Abdul Ghafar]] dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

POLITIK
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun [[1940]] dengan menyertai [[Kesatuan Melayu Muda]] (KMM) di [[Melaka]] ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Pada 1955 Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama [[1955]].  Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen [[Batu Berendam]] di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum [[1999]]. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999.

Beliau merupakan antara kepimpinan [[UMNO]] yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Tunku Abdul Rahman]], [[Tun Abdul Razak]] dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

KETUA MENTERI MELAKA
Ghafar Baba semasa menjadi Ketua Menteri Melaka. Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.

MARA
Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi [[MARA]] yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu.  Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara  dan ITM yang kini dikenali sebagai [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah [[Utusan Melayu]] (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 [[September]] [[1976]] hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

MENOLAK JAWATAN MENTERI
Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan  Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981  menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr [[Mahathir Mohamad]].

Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.


TIMBALAN PERDANA MENTERI
Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.

Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas  Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.

JAWATAN
* Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
* Setiausaha UMNO [[Melaka]] 1951 - 1955
* Pengerusi [[UMNO]] Melaka 1955 - 1973
* [[Ketua Menteri]] Melaka 1959 - 1967
* Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
* Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
* Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
* Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986)
* Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.

PENGHARGAAN
Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka.  Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja.

Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation National Award’ pada 19 Mac 1998.
* Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.

* MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’  Seri Mohamed Khaled Nordin.

* Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka.

* Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.


MENINGGAL DUNIA
Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana sakit jantung|komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun.

Tun Abdul Ghafar merupakan negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof.

Tun Datu Mustapha Datu Harun

Tun Datu Mustapha Datu Harun 31 Julai 1918-2 Februari 1995 merupakan Yang di-Pertua Negeri [[Sabah]] pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.

KEHIDUPAN DAN KELUARGA
Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak keempat Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.Beliau mempunyai 9 adik-beradik. Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata iaitu Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri pertama kacukan Banjar-Jawa), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin ( dari isterinya Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zauyah, Dayang Zulfah,Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris).

PENDIDIKAN
Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.

ZAMAN PENJAJAHAN
Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen KudatSyarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.

Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.

Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya ( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.

Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.

Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.

Sekembalinya British dari [[Perang Dunia Kedua]], beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

ZAMAN KEMERDEKAAN
Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada [[Pengiran Ahmad Raffae|Tun Pengiran Ahmad Raffae]]. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas [[Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu]] (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM ([[1977]]-[[1979]]) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun [[1972]], beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua [[Pengakap]] Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar [[November]] [[1973]] - [[Februari]] [[1990]], beliau dilantik menjadi Pro-Canselor [[Universiti Putra Malaysia|Universiti Pertanian Malaysia]].


ANUGERAH
! Anugerah
! Gelaran
! Tarikh
|-
| KVO & Officer of Order of British Empire (OBE)
| Tiada
| Tidak diketahui
|-
| [[Seri Maharaja Mangku Negara]] (SMN)
| Tun
| 26 November 1964
|-
| Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)
| Datuk Seri Panglima
| Tidak diketahui
|-
| Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP)
| Dato'
| 20 September 1969
|-
| Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS)
| Datuk Seri
| 20 Ogos 1971
|-
| Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)
| Dato'
| 27 Oktober 1971
|-
| Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)
| Dato' Seri
| 29 Mac 1971

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan 16 Jun 1919 - 18 Mei] 1979 ialah Presiden kelima Kongres India Se-Malaysia|Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.

BIOGRAFI RINGKAS
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Se-Malaysia|Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955|pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (''National Land Finance Cooperative Society'').

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Kementerian Kesihatan Malaysia|Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.Serta,Sistem Monorail Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.

RUJUKAN
* [http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=98&ttl_id=5 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia]
* [http://www.mic.org.my/history.php MIC - A history]

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock 5 April 1883-13 Disember 1960 ialah seorang pemimpin politik Orang Cina Malaysia|Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Malaysia|Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk [[politik]], [[pendidikan]], dan [[kebajikan masyarakat]] orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan [[ekonomi]]. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan [[petisyen]] dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang [[peranakan]] yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat [[British]], ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

KEHIDUPAN AWAL
Dilahirkan di Jalan Heeren, [[Melaka]], Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun [[1899]], beliau memperoleh pendidikan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di [[Institusi Raffles]] di [[Singapura]]. 

Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang [[getah]] yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun [[1909]], beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.

Pada tahun [[1913]], Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, [[Tan Siew Sin|Tun Tan Siew Sin]] (bakal [[Kementerian Kewangan Malaysia|Menteri Kewangan Malaysia]]) dan empat orang anak perempuan.

KERJAYA POLITIK
Pada tahun [[1912]], Tan dilantik oleh kerajaan [[British]] sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta [[Jaksa Pendamai]] Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.

Pada tahun [[1914]], Tan menghidupkan semula pertubuhan [[Sukarelawan Cina Melaka]] dan menjadi ahli biasanya sehingga [[1919]]. Pada tahun berikutnya, iaitu [[1915]], beliau menghidupkan semula [[Persatuan Orang Cina Peranakan-British]] (SCBA), sebuah persatuan di [[Melaka]] yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di [[Negeri-negeri Selat]], dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun [[1923]], Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga [[1934]].

Ketika [[Jepun]] [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|menduduki Tanah Melayu]] pada tahun [[1942]], Tan melarikan diri ke [[India]] <ref>''Ensiklopedia World Book'', m.s. 24, 1994. ISBN 0-7166-6694-4</ref> dan tinggal di sana sehingga [[1946]]. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah [[parti politik]] Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan [[Persatuan Cina Perantauan India]] (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan [[Warganegara|kewarganegaraan]] kepada mereka yang bukan dilahirkan di [[Tanah Melayu]]. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan [[Malayan Union]].

Malayan Union dibentuk secara rasmi pada [[1 April]] [[1946]]. Penentangan orang-orang [[Melayu]] terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan [[Parti Komunis Malaya]] (CPM)  bekerjasama dengan [[Parti Kebangsaan Melayu Malaya]] (PKMM) untuk menentang [[UMNO]] di bawah pimpinan [[Onn Jaafar|Datuk Onn Jaafar]]. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan [[Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu]] (AMCJA) dan bekerjasama dengan [[Pusat Tindakan Rakyat]] (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM.

Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan membentuk [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun [[1948]]. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti [[perniagaan]]. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan [[Darurat|Keadaan Darurat]]. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat.  

PENUBUHAN PERSATUAN CINA TANAH MELAYU
Pada [[27 Februari]] [[1949]], bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti [[Leong Yew Koh|Tun Leong Yew Koh]] dan [[H.S. Lee|Kolonel H.S. Lee]], Tan mengasaskan  [[Persatuan Cina Tanah Melayu]] (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
* menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
* melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
* bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang [[komunisme]]; dan
* bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh [[kemerdekaan]] untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan [[Onn Jaafar|Dato' Onn Jaafar]] untuk membentuk [[Parti Kemerdekaan Malaya]] (IMP). IMP dibentuk pada [[26 September]] [[1951]] di [[Kuala Lumpur]] dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun [[1952]], Akta Kewarganegaraan diluluskan yang  mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam [[Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952|Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur]] pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh [[Tunku Abdul Rahman]].

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada [[23 Ogos]] [[1953]], dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan [[Parti Perikatan]] antara MCA, UMNO, dan [[MIC]] mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam [[Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955|pilihan raya persekutuan]] pada tahun [[1955]]. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada [[Suruhanjaya Reid]] yang ditugasi untuk menulis [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan]].

MENINGGAL DUNIA
Beliau meninggal dunia pada [[16 Disember]] [[1960]] di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun.

ANUGERAH
* [[1949]]: D.P.M.J. oleh [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]], Sultan Johor.
* 1949: Komander Empayar British (''Commander of the British Empire'', CBE) 
* [[1952]]: Komander Kesatria Empayar British (''The Knight Commander of the British Empire'',  KBE) oleh [[Raja George VI]] yang membawa gelaran "Sir"
* [[1958]]: Tun oleh DYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong.